Monday, August 21, 2017

Aku

Posted by Nurul Hidayu On 1:57 PM | No comments
Assalamualaikum,

Aku dan perangai aku.

Aku tak suka meminta
Aku tak suka menyusahkan orang lain
Aku tak suka berlagak pandai
Aku tak suka keadaan bergegas dan kelam kabut dalam semua situasi
Aku tak suka ROKOK dan adik beradik dengan si ROKOK tu.. NEVER!

Sebab apa?

Aku takut kemungkinan yang buruk
Aku takut menyakiti hati orang lain
Aku takut membebankan orang lain
Aku takut apa orang lain fikirkan tentang aku. Lebih-lebih lagi yang negatif
Aku takut orang pandang sinis dengan aku

Kenapa aku jadi macam tu?

Bila meminta aku takut akan menyusahkan orang lain. Prinsip diri aku senang.. Sentiasa berada dalam keadaan sedang belajar dan memahami sesuatu yang baru/lama supaya tidak ada situasi sentiasa BETUL dalam semua situasi. Aku terima pendapat dan cuba memberi pendapat. Bila buat keje dalam keadaan kelam kabut dikhuatiri akan mengakibatkan kesalahan kecil/besar.

Aku suka buat kerja sendiri daripada menyuruh orang lain buatkan melainkan aku tidak mampu menyelesaikan nya sendiri. Aku selalu membuat keputusan sendiri, untuk aku sendiri bukan untuk orang lain. Sebab aku adalah aku.

Tentang aku.
Simple, nak kawan kenalah relax dan tak kalut.. sentiasa dalam minda 'GILA' bukan minda ke'LAUT' supaya aku boleh bercakap dengan orang, bukan nye BATU or ANGIN. 

I am ME... I am ME.. tak suka toksah kawan.. 

#iamkoreandramasfan
#ilikeboyband
#photography
#iamsipleandmostlycomot

Friday, April 7, 2017

Kunci rumah pertama

Posted by Nurul Hidayu On 6:29 PM | No comments
Assalamualaikum....

Akhirnya dengan rasminya Dayu dan keluarga mempunyai rumah sendiri setelah menunggu selama 7 tahun untuk mempunyai rumah sendiri. Alhamdulillah. Pada tarikh 5/4/2017 jam 9.30pagi Dayu n En.Suami telah menerima kunci rumah kami sendiri. 

halmilik nurhidayu.blogspot.com
Kunci Rumah PJI

Hari tu hari bekerja, jadi kami ambil sehari cuti untuk selesaikan apa yang patut. Lepas dapat kunci, check dengan wakil pemaju untuk setiap ruang bilik dan check elektrik dan sebagainya. Check plug, tandas ok ke tidak. Siap ada checklist tu.

Habis, kami dok bincang dan ukur lebar panjang tingkap untuk langsir, dan kiraan wiring/point untuk pasang lampu dan kipas. Kami mencari juga kipas dan lampu memandangkan rumah yang diterima betul-betul kosong. haha. Nasiblah.. Jangan la mengharap sangat nak dapat free kipas lampu yang dipasang semasa rumah dipinjamkan kepada pemaju untuk dijadikan rumah contoh yerrr? hadooooooo

hakmilik nurhidayu.blogspot.com
En.Suami sedang buat kira-kira
Tempat yang dituju untuk membeli belah barangan lampu dan kipas adalah di sini. 
Beralamat di 29-31-33-35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.
Harga memang berpatutan. Kami tak fikir dua kali. Terus beli memandangkan terima pelbagai cadangan daripada jiran2 PJI ni. hehe. Sebelum tu dah survey awal2 dah sebelum membeli ni. Kedai ni sentiasa ramai orang. So, anda tak akan rasa segan bila sales situ asyik mengekor anda kemana2. Janji memang nak membeli la.. Servis memang teratur. Lepas take note lampu dan kipas yang hendak dibeli, dia akan diberitahu untuk ke kaunter yang ditetapkan untuk proses checking. Kemudian bila anda berpuas hati semuanya menyala dan lengkap, dengan nombor yang diberikan awal2 oleh sales girl/men, nombor anda akan dipanggil tak sampai 2 minit. Bayar dan Settle!! Bagus kan?

Alhamdulillah settle satu benda dan kami pun beli barang2 nak mengemas rumah pula like penyapu, mop lantai, baldi dll. Tu beli kat pekan dengkil sahaja.

Balik PJI terus melakukan aktiviti mengemas, menyapu dan mengemop lantai. Barang lampu dan kipas yang ada akan dipasang hari minggu memandangkan masa mencemburui kami. Nak jemput anak balik daripada taska sebenarnya.. Petang pintu rumah PJI dikunci. Jumpa lagi ye.. hahah tah apa2 tah kan.. PJI tu singkatan kepada Pangsapuri Jenderam Indah. Rumah kami di Dengkil, Selangor..

Monday, March 20, 2017

Nikmat sementara

Posted by Nurul Hidayu On 11:04 AM | No comments
Assalamualaikum,

Nikmat sementara. Ya, aku telah pun tahu bahawanya aku telah mengandung. Tetapi masih awal lagi hendak ku khabarkan kepada ibuku. Mungkin aku mahu biarkan ia kuat dan membesar dahulu sebelum berita gembira dikhabarkan. 

Hati mana yang tak gembira dan secara lisannya ingin diwar-warkan semua. En.Suami orang yang pertama. Rahsia yang disimpan selama ini terbuka juga.

Mungkin atas kealpaan aku juga tidak menjaga diri. Aku lasak. Aku sibuk. Aku ingin melakukan segala sendiri. Walhal aku tidak memikirkan akibat daripada perbuatan itu. 

Khamis,16 Mar 17: Aku melakukan tugas pentadbiran dengan memandu sendiri ke Shah Alam seterusnya ke Putrajaya. Atas alasan kerja aku mengejar masa. Penat. Sangat penat. Tetapi aku puas dapat selesaikan segala hari itu. Walaupun perlu ke Putrajaya kembali untuk selesaikan sekali lagi.

Jumaat, 17 Mar 17: Aku bangun pagi seperti biasa untuk bersiap ke tempat kerja. Terasa pilu. Terdapat sedikit tompokkan bewarna perang. Hati mengatakan yang negatif. Tetapi aku tak mengendahkan apa yang berlaku. Gahkan juga ke pejabat seperti biasa. 
Minda aku teringat-ingat kejadian di rumah pagi itu. Emosi tak menentu. Aku kongsikan beban emosi ni pada rakan kerja ku. Yang positif di khabarkan pada aku. Aku terima dengan hati yang positif juga.

Sabtu, 18 Mar 17: Seperti biasa aku bangun pagi untuk sediakan sarapan. Hari Sabtu adalah hari cuti. Maka segalanya aku cuba sediakan. Bangkitkan anak kedua, Si Widad kemudian bawanya keluar untuk menemani aku membeli sarapan. Kejadian pada hari Jumaat lepas masih berpanjangan sehinggakan aku perlu memakai pad untuk kepastian. Aku masih positif.
Hari ini hari yang panjang. Aku sempat hadir kenduri kahwin bekas rakan kerja sewaktu bekerja di Chan Sow Lin dulu. Kemudian aku balik ke rumah dengan perasaan ragu-ragu. Sebab, pinggang dan perut ku terasa cramp. Kali ini darah bewarna merah yang keluar.

Ahad, 19 Mar 17: Aku bagun pagi untuk membersihkan diri. Kemudian terlihat secebis daging keluar. Aku basuh untuk kepastian. Ya, inilah anakku. Ya Allahu Robbi... Satu lagi ujian emosi aku terima. Aku pasrah dan Redho Ya Allah... Andai anak ini belum bersedia dipinjamkan kepadaku. Aku serahkan kembali takdir anak ini kepadamu... Apa yang aku alami dalam 5 minggu usia kandungan ku ini Ya Allah, cukup mebahagiakan..Alhamdulillah..

Aku ingin kongsikan kepada semua walau perit, walau sakit... kerana aku yang menanggungnya.

Sunday, March 19, 2017

5 minggu kehamilan

Posted by Nurul Hidayu On 1:17 PM | No comments
Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad 19/3/17. Dayu bangun pagi hendak ke tandas. Terlihat secebis daging bercampur  darah. Allahhu. Terdetik didalam hati selepas basuh dan basuh. Ya, inilah anak ku. Innalillahi wainnalillahi rojiun.. Maafkan umi sayang..  

Aku Redho...




Thursday, March 16, 2017

Jalan-jalan?

Posted by Nurul Hidayu On 11:39 AM | No comments
Assalamualaikum.
Anda suka mengembara atau melancong? Bukan melencong yea? tak ada dalam senarai. Kalau dayu, suka mengembara. Yelah, mengembara ke negara orang. Lihat sendiri cipaanNya yang cantik. Shopping? oh tidak.. Dayu bukan kaki shopping. Kalau dah nama mengembara tu bermaksud meluaskan pemandangan dan meneroka alam semulajadi di tempat orang. Itu saya. Dengan berbekalkan camera Canon 1100D dan Ricoh Theta S(360camera) camera ditangan, semua itu akan menjadi. Walaupun hanya di taman permainan. Haha jadilah kan.

Bila dah buka cerita pasal ni, hati selalu pilu.. tak akan dapat merasa pun apa yang di impikan. Pernah sekali disuarakan tetapi air mata yang gugur... Sabarlah wahai hati. Entri jalan-jalan ni berkait rapat la dengan entri Dream vs Family. 

Oklah, takmo sedih-sedih. Dayu nak share gadget yang dayu selalu gunakan untuk mengabdikan detik-detik indah, walaupun hanya di taman permainan. Sekali gus boleh membantu Si pencari tempat.. Apa lagi, dayu hanya menggunakan Ricoh Theta S.
my office environment #theta360 - Spherical Image - RICOH THETA
Selalunye malas pegang. camni je.

Thursday, February 23, 2017

My Schedule as a mom

Posted by Nurul Hidayu On 12:05 PM | No comments

Lukisan penulis yang agak-agak nak cepat. haha
Assalamualaikum,

Sebagai seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Yea, lelaki yang semakin membesar meniti jalan hidup yang akan dibentuk oleh kedua ibu bapanya. Sudah semestinya ibu ini mempunyai kerja untuk membantu dalam membina sebuah keluarga. 5 hari bekerja dan 2 hari waktu bersama keluarga. Baik. Anak sulung dah bersekolah(tadika) dan yang kedua duduk di taska.

En.Suami ada membantu dalam menyiapkan kelengkapan susu dan pampers untuk dimasukkan ke dalam beg. Anak-anak ni kurang nak 'melayan' babah bila bangun pagi. Teknik tak kena agaknya. Tapi selesai semua barulah En.Suami hantar mereka ke taska/tadika. Kadang-kadang tugas menghantar si Ibu yang lakukan.

Monday (am) - Kejutkan anak-anak untuk dimandikan, disiapkan makan pakai untuk ke taska/tadika.En.Suami membantu dalam menyiapkan roti gula. Istilah di anak sulung bila bangun pagi. Jadual kerja En.Suami mengikut shift. Oleh itu, kami akan bergilir-gilir setiap minggu menhantar anak kesekolah. Kemudian barulah si Ibu dapat ke tempat kerja untuk bekerja 8 jam sehari. Bukan mudah yea nak membawa emosi/perwatakan ibu yang sentiasa memikirkan keadaan anak dan rumah sehingga la sampai ke ofis, perasaan itu masih ada. Oh yea! Sarapan pagi memang jarang dilakukan  dirumah dan jarang sekali menjamah diwaktu pagi. Sesampainya di pejabat barulah dapat menjamah makanan pagi.
Evening (pm) - Balik kerja dalam jam 5.30-6.00 terus ke taska/tadika anak-anak untuk menjemput mereka. Kemudian melayan kerenah dan bawa ke taman walaupun sebentar. Kadang-kadang sebab lambat balik dari kerja tak sempat pun bawa kemana-mana. Masa dirumah hanyalah 3 jam. Makan malam dan berborak. Pukul 10 malam ajak kedua-duanya untuk tidur. Walaupun mengambil masa 1 jam atau lebih untuk ditidurkan. Keesokkan hari nya rutin yang sama berlaku dari pagi sehingga malam. Rancangan tv memang tidak ikut. Even drama meletop siaran antara waktu solat maghrib. (korea yea.. hehe by phone je. tu pun sorok2 tgk line clear 😉)

Sabtu&Ahad- Rutin harian seorang Ibu pada hari minggu adalah iaitu membasuh baju, memasak, mengemas dan tidur(hibernate). Setelah selesai dan banyak masa barulah bawa anak-anak keluar sama ada ke padang permainan atau pun ke kedai. Masa riadah satu keluarga sangat terbatas. Oleh kerana ekonomi yang tak mengizinkan. Jarang hari minggu sentiasa ada kenduri. Ada masa banyak dihabiskan dirumah sahaja.

Oleh itu kawan-kawan ku. Janganlah menganggap seorang surirumah yang bekerja ini mempunyai banyak masa nak dihabiskan dengan kawan-kawan. Kami ni bukan bujang lagi. Fahamilah, waktu semasa bujang kurang bebannya dengan waktu setelah berkahwin dan ada anak. Emosi mereka juga berbeza yea? Jangan ingat mereka ni tak ada perasaaan. Cuma agak emak-emak sikit kalau sesuatu berlaku, agak emosi sedikit. Kadang-kadang kelakuan/perbuatan/perasaan seseorang itu dibiarkan disimpan untuk menjaga hati orang lain.. Tak perlu sinis dan nyata pun. Naluri hati SUDAH TAHU.

Pesan emak-emak "Biarlah orang buat kita, jangan balas perbuatan orang tu. Biar Allah yang balas"

My Most Visited Blog

Blogger news

Nothing to update just now.

Followers